Pelakon, Emma Maembong sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila deejay kelab malam yang dikenali sebagai DJ Kidd berkongsi beberapa video yang memaparkan aksi mesra mereka.
Menerusi hantaran di Instagram Stories (IGs), DJ Kidd dan Emma dilihat saling berpelukan mesra dipercayai ketika bercuti di luar negara.

Foto: Instagram Stories @djkidd_official
Lebih menghebohkan, DJ Kidd dilihat turut mengucapkan kata-kata romantis buat Emma malah berjanji akan menjadi ‘suami’ terbaik buat Emma.
Dalam pada itu, DJ Kidd dilihat turut menggelarkan Emma sebagai ‘isteri’ sekali gus menguatkan lagi spekulasi bahawa mereka sudah berkahwin.

Foto: Instagram Stories @djkidd_official
Menjengah ke platform TikTok pula, Emma turut berkongsi video dia dan DJ Kidd menunggang motosikal bersama.
Walau bagaimanapun, sehingga kini, Emma masih enggan ‘membuka mulut’ mengenai spekulasi bahawa dirinya sudah berumah tangga dengan DJ Kidd memandangkan tiada sebarang hantaran berkaitan dibuat setakat ini.
Sebelum ini, tular spekulasi yang membabitkan Emma yang didakwa telah berkahwin dengan seorang deejay selepas bercerai dengan bekas suaminya, Muhammad Shazli Azhar.
Untuk rekod, Emma dan Shazli telah mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 sebelum mengumumkan perceraian mereka pada 7 Oktober 2024.
Sumber: Instagram @djkidd_official
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.