Malam semalam, secara langsung di Anugerah MeleTOP ERA 2020 (AME2020), pelakon Kamal Adli telah mengejutkan ramai penonton apabila melamar Uqasha Senrose secara live dihadapan kaca televisyen secara langsung.
Disebalik kejadian itu, ramai juga yang seakan mempersendakan urusan jodoh pelawak dan pengacara, Zizan Razak.
Bagaimanapun menurut Zizan atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abdul Razak, 36, beliau berserah segalanya kepada Allah.
Menurut Zizan lagi, apa yang berlaku pada malam itu adalah tidak diketahuinya dan beliau cuba memberikan respon yang sporting supaya rancangan yang dikendalikannya itu menjadi lebih seronok.
“Melihat apa yang berlaku malam ni menjadi perbualan dimedia sosial tentang jodoh saya dimedia sosial selepas KAMAL ADLI melamar UQASHA SENROSE dipentas AMEz 2020 malam tadi.
“Maaf saya katakan apa yang berlaku malam tadi pun bukan plan saya dan saya tidak tahu dan cuma memberi respon yang sporting untuk memberikan program nampak best.
“Dan bila sebut bab jodoh saya tidaklah sebangsat itu dan seperti yang anda sangkakan. Segalanya saya serahkan pada Allah. Kerana jodoh ajal maut itu bukan urusan kita dan semestinya Dia,” ujar Zizan dalam satu hantaran di Instagram.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.