Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita hiburan era

Hormati Masa Rehat, Jangan Ganggu Staf di Luar Waktu Pejabat

IDRUS, Husna Najwa
05 Jun 2025, 02:02 PM

hormati masa rehat, jangan ganggu staf di luar waktu pejabat

Foto: Public Health Malaysia

Pernah tak anda sedang berehat bersama keluarga, tiba-tiba telefon berbunyi dan mesej yang masuk berkaitan dengan kerja? Haa... inilah realiti yang ramai staf hadapi hari ini. Seolah-olah waktu pejabat tak ada penghujungnya. Persoalannya, perlu ke sampai macam tu?

Gambar yang dikongsi oleh Public Health Malaysia (PHM) ini menyampaikan satu mesej penting yang ramai daripada kita selalu terlepas pandang iaitu menghormati masa rehat staf.

Kita semua ada kehidupan di luar pejabat. Waktu selepas jam 5 petang (atau mengikut waktu kerja masing-masing) sepatutnya adalah ruang untuk rehat, keluarga atau melakukan perkara lain. Apabila mesej kerja masuk luar waktu, ia bukan sahaja mengganggu, malah akan memberi tekanan mental tanpa kita sedar.

Tidak dinafikan, kadang-kadang ada situasi luar biasa. Bila betul-betul penting dan tak boleh tunggu esok, mesej itu mungkin perlu. Tetapi sekiranya sekadar nak bertanya perkara yang boleh tunggu sehingga staf tersebut kembali, maka cuba elakkan. Hantar esok pagi pun tak rugi apa-apa.

hormati masa rehat, jangan ganggu staf di luar waktu pejabat

Foto Hiasan

Kita selalu bercakap tentang KPI, deadline dan produktiviti namun adab dalam kerja juga amat penting. Sekiranya semua majikan atau rakan sekerja menghormati masa peribadi, staf akan rasa lebih dihargai. Bila staf rasa dihargai, motivasi pun meningkat. Inilah yang disebutkan sebagai win-win situation!

Kesimpulannya, jom kita sama-sama jadikan mesej dari PHM ini sebagai satu budaya, elakkan mesej luar waktu pejabat, kecuali jika ia merupakan perkara yang amat mustahak. Ini mungkin dilihat sebagai satu langkah kecil, namun impaknya besar.

Melunaskan pekerjaan itu penting, tetapi kesihatan mental dan kesejahteraan staf juga perlu dijadikan keutamaan.

Sumber: Public Health Malaysia

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}

ads-with-us ads-with-us ads-with-us