Penyanyi, Nabila Razali mengakui ada menerima pesanan ringkas di Instagram yang meminta agar beliau tidak membalas komen suaminya di laman sosial.

Penyanyi berusia 27 tahun itu tidak menyangka komen yang dibalas kepada peminat lelaki dilaman Twitter telah menimbulkan rasa kemarahan wanita berkenaan.
“Terus-terang, saya melayan semua peminat secara sama rata di laman sosial.
“Sebagai artis, saya perlu membalas setiap komen daripada peminat kerana tanpa peminat siapalah saya.
“Namun, saya juga tidak tahu sama ada status peminat saya itu suami orang atau masih bujang kerana ia sekadar hubungan artis dan peminat sahaha serta tidak lebih daripada itu.
“Saya mohon maaf andainya komen yang saya balas kepada suaminya itu mengguris hati wanita itu atau boleh mengeruhkan rumah tangganya.
“Saya akan lebih berhati-hati untuk membalas komen peminat di laman sosial selepas ini kerana tidak mahu insiden sebegini berulang,” katanya.

Tambah Nabila lagi, beliau juga tidak berminat untuk menjalin cinta bersama suami orang.
Sumber: HMetro

Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.