Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita hiburan era

Jaga Mental dan Perasaan Suami, Rumah Tangga akan Terjaga

IDRUS, Husna Najwa
20 Jun 2025, 03:26 PM

jaga mental dan perasaan suami, rumah tangga akan terjaga

Foto Hiasan

Dalam rumah tangga, kesihatan mental sering difokuskan kepada isteri dan itu penting. Tetapi jangan lupa, suami juga manusia. Dia ada hati, ada tekanan dan kadangkala, dia juga perlukan pelukan dan kata semangat.

Ramai suami yang senyap, bukan kerana tak peduli tetapi kerana terlalu letih untuk meluahkan. Jadi, jom kita tengok tips jaga kesihatan mental suami yang nampak simple, tetapi impaknya besar.

💬 1. Benarkan Dia Ada ‘Me Time’

Suami pun perlukan ruang untuk tenangkan fikiran. Kadang dia nak duduk diam, tengok bola, main game atau lepak berseorangan. Jangan anggap dia mengelak, dia cuma recharge.

 🍛 2. Jaga Perut, Jaga Hati

Ada pepatah kata, “jalan ke hati lelaki melalui perutnya.” Bila suami balik kerja, penat lesu, hidangan yang sedap boleh jadi penawar stres yang amat mujarab.

🏆 3. Raikan Kejayaan Kecil Dia

Dapat selesaikan tugas di tempat kerja? Tukar mentol rumah? Tolong lipat baju? Raikan walaupun kecil kerana dia pasti akan rasa dihargai.

 👨‍👩‍👦 4. Jangan Jadikan Dia Pesaing

Rumah tangga bukan pertandingan. Sama-sama melengkapkan, bukan lawan siapa lebih. Bila suami rasa bersaing dalam rumah sendiri, itu racun mental yang membunuh dalam senyap.

 🧺 5. Jangan Lipat Semula Baju Yang Dia Dah Lipat

Ini nampak remeh, tetapi sebenarnya besar maknanya. Bila isteri ulang semula kerja yang suami dah buat, dia akan rasa ‘usahaku tak cukup baik.’ Hargai, bukan kritik.

 🗣️ 6. Jangan Bandingkan Dia Dengan Suami Orang

Tiada yang lebih menekan hati seorang lelaki bila dirinya dibanding-bandingkan. Suami kita ada kelebihan tersendiri. Bangkitkan semangatnya, bukan bandingkannya.

🧴 7. Jangan Buang Minyak Dalam Sinki

Yang ini nampak random, tetapi ia simbolik bahawa jangan buang emosi atau kemarahan kecil secara tiba-tiba. Kadang hal kecil macam ni boleh jadi punca besar bergaduh.

🧸 8. Panggil Panggilan Manja

Kadang-kadang, panggilan seperti “sayang”, “bb”, “darling”, atau “anje” mampu buat hati suami cair. Sentuhan emosi kecil ini buat dia rasa disayangi dan tidak terasing.

Bila suami diam, bukan dia tak ambil kisah. Mungkin dia cuma dah terlalu penat. Jangan tunggu dia hilang senyum baru kita sedar dia dah terlalu lama memendam rasa.

Jaga suami anda sebaiknya, sebagaimana dia cuba jaga semua dalam diam. Kesihatan mental suami ialah tiang rumah tangga yang kadang kita lupa untuk periksa.

Sumber: Public Health Malaysia

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}

ads-with-us ads-with-us ads-with-us