Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita hiburan era

Jangan Malas! Ini Jadual Cuci Cadar & Bantal Yang Ramai Tak Tahu

IDRUS, Husna Najwa
18 Aug 2025, 01:34 PM

jangan malas! ini jadual cuci cadar & bantal yang ramai tak tahu

Foto: Instagram (whichuk)

Ramai yang suka tidur lena atas katil empuk dan bantal yang gebu, tetapi persoalannya berapa kerap sebenarnya kita perlu cuci cadar, sarung bantal, duvet dan tilam? Kalau anda fikir setahun sekali dah cukup, anda silap besar!

Menurut panduan penjagaan katil, inilah jadual terbaik untuk memastikan tempat tidur anda sentiasa bersih, segar dan tahan lama:

Sarung Bantal (Pillow Cases) – Seminggu sekali

Muka kita bersentuhan dengan sarung bantal setiap malam. Bayangkan peluh, minyak muka dan habuk terkumpul, sebab itu ia perlu dicuci setiap minggu.

Cadar / Bed Sheets – Seminggu sekali

Tidur 6-8 jam sehari bermakna banyak bakteria dan kotoran terkumpul. Jadi, cadar seeloknya ditukar dan dicuci seminggu sekali.

jangan malas! ini jadual cuci cadar & bantal yang ramai tak tahu

Foto Hiasan

Sarung Duvet (Duvet Covers) – Seminggu sekali

Walaupun nampak bersih, sarung duvet pun menyerap peluh dan habuk. Jadi, ikut jadual yang sama dengan cadar iaitu seminggu sekali.

Duvet – Setahun sekali atau dua kali

Bahagian dalam duvet tidak perlu kerap dicuci, cukup 1-2 kali setahun.

Bantal – Setiap 4 hingga 6 bulan

Selain sarungnya, bantal sebenar juga perlu dicuci. Ini penting untuk elakkan habuk dan hama terkumpul.

jangan malas! ini jadual cuci cadar & bantal yang ramai tak tahu

Foto Hiasan

Tilam (Mattress) – Setiap 6 bulan

Tilam tidak boleh dicuci seperti cadar, tetapi boleh dibersihkan, divakum dan dibalikkan setiap enam bulan untuk kekal bersih dan tahan lama.

Kenapa Penting Jaga Kebersihan Bedding?

✔ Elak alahan & masalah kulit

✔ Tidur lebih selesa dan segar

✔ Panjangkan jangka hayat cadar, bantal & tilam

✔ Hilangkan bau hapak dan kotoran tersembunyi

Jadi, kalau sebelum ni anda malas nak tukar cadar berbulan-bulan, inilah masanya untuk ubah rutin! Tidur pun rasa lebih nikmat bila katil wangi dan segar.

Sumber: Instagram (whichuk)

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}

ads-with-us ads-with-us ads-with-us