Penyanyi rap dari kumpulan Kpop, GOT7, Jackson Wang berpeluang pulang ke tanah air selepas kontraknya bersama syarikat rakaman JYP Entertainment telah tamat.
Jackson mengambil kesempatan menyambut hari lahir ibunya dan berpindah rumah bersama kedua ibu bapanya.
Penyanyi rap kelahiran Hong Kong itu membantu ibunya dengan menyiapkan peralatan, barangan, dan makanan sempena ulang tahun ibu tercinta.
Sophia Wang, ibu kepada Jackson berkongsi gambar bersama anaknya di media sosial peribadi.
“Saya sangat gembira bersama keluarga saya di sini. Terima kasih untuk setiap ucapan yang diberikan. Terima kasih juga untuk kasih sayang yang diluahkan,” kata Sophia Wang.
Jackson juga tidak ketinggalan berkongsi kenangan indahnya itu di akaun Instagramnya dengan mengirimkan ucapan selamat hari lahir kepada ibunya.
Dalam perkembangan lain, Jackson sedang bergiat aktif secara solo dan banyak menghasilkan muziknya sendiri.
Sumber: Koreaboo
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.