Mohamad Faizal Ahmad, atau Jaasuzuran, 24, mempunyai pengikut yang mencecah 1.1 juta di Instagram, sama sekali tidak menyangka peluang untuk berlakon filem selepas aktif menghasilkan video parodi ringan di media sosial.
Jaa sebelum ini pernah berlakon dalam filem Busker sebagai cameo, ditawarkan untuk membintangi drama triler seram, Korban Penunggu Hospital.
“Saya baru saja selesai menjalani penggambaran drama Korban Penunggu Hospital dan sebagai orang baru ternyata ia sangat mencabar”
“Melakonkan watak Syakir yang berdepan dengan wanita pengamal ilmu sihir dan perlu berbunuhan sesama sendiri adalah satu cabaran besar.
“Sebagai orang baru, saya tidak sangka sama sekali akan diberikan watak penting dan besar dari sudut permainan emosinya.
“Jujur, apabila menerima tawaran ini saya jadi takut dan tidak yakin langsung. Hendak tolak, masalahnya takut peluang keemasan ini tidak akan saya dapat lagi,”
“Bayangkan saya orang baru dan bukan siapa-siapa tetapi untuk memastikan apa yang kami persembahkan ini benar-benar hidup, mereka saling membantu.
“Kodi misalnya, ramai tahu dia pelakon terbaik dan penah menang anugerah. Sewaktu sesi bacaan skrip, saya minta dia mengajar dan membimbing saya,” katanya pada Harian Metro.
Bagi projek seterusnya, Jaa akan memegang watak utama dalam filem terbaru, Kejar.
Sumber: Harian Metro.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.