Jaa Suzuran dan Eyka Farhana berdepan detik cemas apabila ditahan hampir 1 jam oleh pihak imigresen di lapangan terbang antarabangsa Heathrow, London.
Dipetik daripada HMetro, Eyka berkata mereka ditahan oleh pihak berkuasa dan disoal siasat mengenai tujuan mereka berada disana.
"Ketika beratur di kaunter imigresen, tiba-tiba kami ditahan dan disoal siasat mengenai tujuan kami berdua berada di negara ini.
"Kami menjelaskan akan menjalani penggambaran filem dan pihak mereka (imigresen) tanya pelbagai soalan seolah-olah kami pendatang tanpa izin," kata Eyka.
Pembantu peribadi mereka pula ditahan selepas membawa tiga kotak besar mengandungi mi segera yang dipesan kru produksi di sini.
"Mereka ingat pembantu kami nak berniaga mi segera di sini, saya pula dipersoal kenapa datang untuk berlakon selepas memberitahu pekerjaan sebenar sebagai penyampai radio.
"Saya pula tidak berapa pandai 'speaking' dan apabila mereka tanya macam-macam saya jadi 'blur' dan ketawa saja," kata Jaa pula.
Selepas pengarah filem dihubungi, Rahila Ali menjelaskan perkara sebenar dan mereka dilepaskan.
Mereka kini berada di UK selama seminggu bagi menjalani pengambaran filem romantik komedi.
Sumber: HMetro
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.