Menerusi laman Instagram @izzueislam , penyanyi Izzue Islam tampil dengan lagu bahasa Inggeris bertajuk My City.
Lagu My City menceritakan tentang keunikkan negeri kelahirannya, Kelantan Darul Naim.
Namun, dipetik daripada portal Astro Gempak, Izzue bagaimanapun sedia menerika kritikan dan teguran mengenai lagu tersebut.
"Saya sudah bersedia untuk menerima kritikan atau teguran yang bakal datang mengenai tindakan saya merakamkan lagu Inggeris.
"Saya menghasilkan lagu tersebut untuk mempromosikan Kelantan. Sebagai anak jati negeri yang terkenal dengan jolokan Cik Siti Wan Kembang ini, saya ada sasaran peribadi.
"Pada mulanya, lirik lagu ini ditulis dalam Bahasa Melayu. Namun begitu, memandangkan lagu ini berkisarkan mengenai tempat menarik untuk pelancong singgah di Kelantan, apa salahnya jika seni kata lagu ini dibuat dalam Bahasa Inggeris," kata Izzue.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.