Muhammad Izzul Islam bin Mazlan atau lebih dikenali dengan nama panggilan Izzue Islam, baru-baru ini telah menyambut ulangtahun perkahwinannya bersama isteri, Awin Nurin, yang ke-7 pada 2 Jun lalu.
Menurut Izzue, perkenalan mereka selama hampir 11 tahun itu terselit pelbagai kisah suka dan duka sepanjang perhubungan mereka bersama.
"Kami selalu gaduh, bertekak, nanges, acah-acah merajuk konon tak mau bercakap tapi tak sampai 5 minit boleh borak gelak-gelak macam takde apa-apa berlaku. Tak terasa pon dah lebih 11 tahun kita kenal. Semoga hubungan ini selalu ada dan hidup sampai syurga.", kata Izzue.
Namun menerusi perkongsian lain, Izzue memuatnaik video isterinya memegang tangan dan bermanja bersama anak rakan mereka ketika mereka berada di Osaka, Jepun.
"Buat masa ni kami hanya mampu bermanja dgn anak orang je. Dan juga kucing2 kitorang. Hehe."
Perkongsian Izzue ini telah menarik perhatian ramai peminat yang turut mendoakan kebahagiaan pasangan ini, selain turut memberi cadangan agar mereka mengambil anak angkat sebagai penyeri.
Sumber: Instagram
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.