Soal anak sekali lagi menjadi isu buat pasangan pelakon tanah air, Izzue Islam dan isteri. Baru-baru ini Izzue Islam berang dan kecewa apabila seorang gadis untuk menjadi isteri keduanya.
Disebabkan kejadian itu, Izzue dan isterinya, Awin akui terkejut apabila didekati peminat tersebut dan bertanyakan hal itu ketika hadir ke sebuah acara sebelum ini. Kata Awin, “Tiba-tiba dia tawar diri untuk jadi isteri kedua, nak lahirkan zuriat untuk saya. Lepas tu dia cakap, ‘Kalau you nak anak, I boleh bagi. “
Awin pada mulanya menganggap peminat itu hanya bergurau. Akan tetapi peminat itu nampak seakan beriya-iya seperti serius dengan ‘tawaran’ tersebut.
Selain itu, Izzue dan Awin kini meneruskan usaha mereka untuk mendapatkan zuriat dengan menjalani proses IVF.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.