Kredit gambar utama: Instagram @izreenazminda
Agak mengejutkan apabila suami Izreen Azminda ingin menceraikan isteri pertamanya, Intan Liana Saleh pada 22 Mac ini. Pastinya Izreen paling banyak terkena tempias berkenaan isu ini. Namun menurut Izreen, dia tak ambil tahu masalah suaminya, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude, dengan madunya.
"Suami seorang yang pendiam. Apa saja yang berlaku dalam rumah tangga dengan isteri pertama, suami lebih suka mengambil langkah menyelesaikannya sendiri, tanpa berkongsi cerita dengan saya.
"Jujurnya, ada kala saya tidak tahu apa masalah mereka. Saya tidak pernah bertanya, bergaduh atau apa saja berkaitan dengan rumah tangganya bersama Intan.
"Sudah menjadi prinsip hidup kami, apabila pulang ke rumah saya, hanya hal rumah tangga kami dibincangkan. Saya sedar kedudukan saya sebagai isteri kedua, jadi lebih baik saya tidak ambil tahu," katanya kepada BH Online.
Ramai netizen mengkritik dan menuduh Izreen adalah punca keretakan rumahtangga suami dan madunya itu. Menurut Ude, beliau sudah tidak ada hati dengan isteri pertamanya.
Sumber: BH Online
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.