Akstres popular, Izara Aishah telah berkongsi beberapa foto menunjukkan dirinya dalam keadaan lebam selain gigi patah dan mata bengkak.
Foto tersebut telah disimpan olehnya selama beberapa bulan ketika beliau sedang menjalani rakaman penggambaran drama bersiri Ombak Rindu.
Menurut Izara, lebam itu bukanlah kesan make up, sebaliknya ia adalah lebam sebenar, selain menunjukkan giginya yang patah separuh.
"Shooting di Malaysia ni you die baru they stop shooting, Kalau tak, u must continue", tulis Izara pada ruangan kapsyen.
Foto tersebut telah menarik perhatian ramai, khasnya peminat Izara dilaman sosial, namun Izara berkata ia tidaklah begitu serius dan keadaanya juga tidak membimbangkan.
"Sejurus kemalangan, pihak produksi membawa saya ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan doktor memaklumkan keadaan saya okey, tiada yang serius.
"Dan saya juga bersemangat untuk kembali ke lokasi penggambaran. Saya cuba untuk meneruskan kerja namun, pihak produksi berpendapat, saya harus berehat sebelum benar-benar bersedia. Jadi, saya bercuti selama seminggu," kata Izara kepada Awani.
Izara juga berterima kasih kepada semua yang mendoakan dirinya.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.