Isteri kepada penyanyi Sufi Rashid, Nurulain Md Yusof telah berkongsi beberapa komen melampau netizen yang telah dilemparkan kepadanya.
Memetik laporan dari Media Hiburan, Ain dikatakan telah menerima pelbagai komen melampau daripada netizen ekoran daripada video dirinya yang dilihat meninggalkan pelamin ketika ibu mertuanya, Irma Mahamud sedang bersalam dan berpelukan dengan Sufi.
Perkongsian oleh Ain itu bukan bermaksud beliau takut, tetapi kerana sudah mencapai tahap kesabaran yang maksimum.
“Contoh komen yang ibu bapa saya akan buat laporan polis. Bukan disebabkan saya takut, tetapi saya seorang manusia yang ada tahap sabar,” tulis Ain.
Terdahulu, Ain selamat menjadi isteri kepada Sufi Rashid pada 21 September lalu.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.