Ketika negara masih hangat dengan kisah penceraian Aliff Aziz dan terbaru kes curang Ammar Alfian, isteri kepada pelakon dan penyanyi, Alif Satar mendedahkan sikap suaminya.
Shadila Halid mendedahkan bahawa suaminya memang jauh berbeza dengan satu watak yang dilakonkannya di TV dan turut menyenaraikan kualiti Alif Satar yang bagus sebagai suami dan ketua keluarga.
“Lelaki ini jauh berbeza dari watak yang dilakonkannya. Dia memberi lebih dari apa dia terima, tidak pernah meminta balasan dari sesiapa kerana itu tidak penting buatnya. Tak pernah memukul atau menengking saya, selalu menolong di rumah”
“Tak pernah tinggal puasa, solat pun tidak tinggal. Memang seorang lelaki yang pentingkan keluarga,” tulis beliau.
Post berkenaan di balas oleh Alif, "I love you darling.. miss you already".
Tambah Shadila lagi, dia meminta supaya orang tidak kelirukan Alif Satar dengan individu lain.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.