Status hubungan pendakwah bebas, PU Abu Sufyan dan isterinya, Hana Azraa kini menjadi tanda tanya dek kerana bio di Instagram
Hana menulis status ‘Single Mommy’ pada ruangan bio Instagram, dengan foto yang kini tidak lagi berpurdah.
Dipetik dari Gempak, satu update oleh Hana di Instastory miliknya juga seolah-olah menunjukkan keadaannya kini.
"Kerana tidak ada situasi yang akan bertahan selamanya. Semua akan datang silih berganti sesuai dengan masanya.
"Setiap keadaan yang kita alami saat ini tidak akan sia-sia. Kerana jika kita mengerti pada setiap peristiwa kita akan dapat menemukan hikmah di dalamnya.
"Kerana itu tetaplah percaya dengan yang Maha Baik. Kerana sungguh Allah tak akan pernah mengsia-siakan hamba-Nya.
"Maka teruskanlah sehingga kita bertemu dengan hikmah serta kebaikannya," tulis Hana.
Sebelum ini, Hana pernah mendedahkan bahawa hubungannya bersama PU Abu semakin retak, namun PU Abu menjelaskan mereka masih suami isteri.
Mereka sebelum ini telah dikurniakan seorang bayi lelaki, Muhammad Adam Aysar pada 7 Jun 2019 yang lalu.
Sumber: Gempak
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.