Penyanyi, Ismail Izzani mendedahkan hubungan rapatnya bersama penyanyi baru, Shalma Eliana yang merupakan antara indvidu yang rapat dengannya kini.
Menurut Ismail Izzani, hubungan rapat itu tidak bermakna mereka sedang dilamun cinta, sebaliknya hanya rapat disebabkan muzik dan minat dalam bidang nyanyian.
“Kami tidak bercinta namun kami rapat sebab muzik. Kami banyak menghabiskan masa menyanyi bersama. Lagi pun, dia pun baru ingin membina nama dalam industri. Sebagai seorang yang juga masih bertatih dalam industri, saya sedia berkongsi ilmu dan pengalaman yang tidak seberapa,” katanya pada Kosmo!.
Beliau mula mengenali Shalma sejak dari tingkatan dua.
“Saya kenal dia sejak tingkatan dua namun mula rapat tahun lalu sebab sama-sama minat muzik. Dia pula belajar di Shah Alam dan kami sering lepak bersama.
“Apa pun, saya selalu menasihatkan dia supaya beri sepenuh hati terhadap perkara yang diusahakannya. Kalau dia ingin belajar, buat betul-betul dan kalau ingin menyanyi, buat dengan baik,” tambahnya lagi.
Dalam perkembangan lain, penyanyi berusia 19 tahun itu mengakui belum berminat untuk meneruskan pelajaran kerana mahu menimba pengalaman terlebih dahulu.
Sumber: Kosmo!
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.