Penyanyi, Ismail Izzani baru-baru ini telah menghadiahkan sebentuk cincin berlian kepada kekasihnya yang juga penyanyi, iaitu Shalma Eliana.
Pemberian cincin itu sebagai tanda janji setia berikutan Shalma bakal menyambung pengajiannya ke luar negara untuk tempoh dia tahun.
Ekoran daripada itu, ada peminat mendakwa mereka sudahpun bertunang, namun ia dinafikan oleh Ismail dalam hantaranya di Instagram Stories.
"Jangan salah anggap. Dia akan bertolak ke luar negara untuk menyambung pengajian sekurang-kurangnya untuk tempoh dua tahun.
"Cincin ini diberikan sebagai tanda cinta kami berdua. Kami belum lagi bertunang, Insha-Allah satu hari nanti. Terima kasih atas doa kalian,"
Terdahulu, mereka berkongsi beberapa kenangan makan malam bersama disebuah restoran, dimana sebelum itu pasangan ini melakukan cabaran spontan dengan mencari pakaian bersesuaian untuk majlis makan malam berkenaan hanya dalam masa 30 minit.
Ismail juga mengaku disebabkan kekangan kerja, mereka jarang dapat meluangkan masa bersama, sambil berterima kasih kepada Shalma atas jatuh dan bangun mereka bersama dalam perhubungan.
"Sejak kebelakangan ini kita jarang dapat meluangkan waktu bersama sebab kekangan kerja.
"Kita berdua juga melalui detik jatuh bangun bersama dalam melayari perhubungan ini. Saya cintakan awak. Hampir dua tahun kita bersama dan akan terus menghitung hari bahagia bersama," katanya.
Sumber: Instagram Ismail Izzani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.