Selepas personaliti ERA, Dina Nadzir berpindah ke SINAR, pelbagai teka-teki timbul mengenai siapakah yang akan mengisi tempat kosong terbabit.
Kini, segalanya terjawab apabila personaliti digital dan juga hos dari Astro Gempak iaitu Isha Norsham akan keudara dari jam 1 hingga 4 petang menerusi segmen Gempak Hit ERA.
Gadis berusia 24 tahun yang berasal dari Perlis dikenali menerusi bakatnya dalam mengacara rancangan di Gempak TV. Beliau juga bergiat aktif di laman sosial Instagram dan TikTok dan pernah tular menerusi cabaran #anysongchallenge.
Kini, Isha mengembangkan bakatnya menerusi pengacaraan radio dan akan menemani pendengar ERA menerusi segmen Gempak Hit ERA, setiap Isnin hingga Jumaat dari jam 1 hingga 4 petang.
Dalam perkembangan berbeza, Zahier pula akan mengendalikan segmen baharu dikenali sebagai V-Show ERA, setiap hari Isnin hingga Jumaat dari jam 8 hingga 12 tengah malam.
Jom layan ERA menerusi menerusi aplikasi SYOK atau di C856 di Astro.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.