Pasangan romantis, Isa Khan dan tunangnya, Nur Risteena Munim telah menyambut ulangtahun pertama mereka bersama pada 16 Jun lalu.
Sambutan 1st anniversary mereka diadakan dalam satu majlis yang cukup indah dengan tema serba merah, disertakan juga kek ulangtahun mereka bersama.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat mendoakan agar pasangan ini cepat mendirikan rumah tangga sambil mengucapkan tahniah atas setahun mereka bersama.
Terdahulu, Isa Khan dalam satu kenyataannya menyebut bahawa mereka sudah merancang untuk bernikah pada hujung tahun ini, namun semuanya bergantung kepada perbincangan sesama ahli keluarga dek kerana Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang masih belum berakhir.
Isa dan Risteena juga telah mengikat tali pertunangan pada 23 November tahun lepas di Bali Indonesia dengan dihadiri oleh ahli keluarga terdekat.
Sumber: Instagram
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.