Pelakon popular, Robert Downey Jr membuatkan para peminat Marvel terkejut apabila dilihat tidak lagi mengikuti semua bintang Marvel Cinematic Universe (MCU) di laman Instagram.
Pelakon berusia 56 tahun menyebabkan ramai peminat setia tertanya-tanya tindakannya itu dan beranggapan pelakon itu mungkin mahu memutuskan hubungan dengan semua perkara berkaitan Marvel.
“Nampaknya Robert DowneyJr ‘membersihkan’ rakan-rakannya Marvel di Instagram,” komen seorang pengguna Twitter.
“Saya tidak bersedia untuk ini, ia seperti berakhirnya sebuah era,” komen warganet lain.
“Saya tidak tahu apa yang berlaku Mr Stark, mengapa anda tidak lagi mengikuti rakan-rakan MCU?” tanya seorang peminat.
Walaupun wataknya Tony Stark dan Iron Man ditamatkan sebagai hero dalam Avengers: Endgame, pelbagai spekulasi bahawa Downey akan kembali bersama MCU.
Kini, pelakon itu hanya mengikuti 43 akaun sahaja di Instagram dan kesemuanya bukan pelakon.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.