Pelakon, Intan Najuwa membuat pengakuan bahawa ikatan pertunangannya bersama ahli perniagaan, Razrul Anwar Rusli telah pun berakhir.
Menurut pelakon berusia 22 tahun ini, keputusan itu dibuat selepas berbincang dengan kedua-dua belah pihak.
"Hubungan saya dan Razrul sudah berakhir, keputusan dibuat selepas kami berbincang dengan baik. Sudah tiada jodoh dan persefahaman antara kami.
"Apabila sudah berpisah, biarlah kami sahaja yang tahu, saya kongsi perkara ini sebab tak mahu dia terkait dengan saya memandangkan dia pun bukan dari bidang hiburan.
"Saya tak mahu dia terlibat dengan kontroversi berkaitan diri saya, biarlah dia jalani hidup tanpa gangguan," kata Intan.
Intan juga berharap agar semua memahami situasi yang dihadapai mereka selain mahu membersihkan nama kedua-dua pihak.
"Saya mahu bersihkan nama saya dan dia, selain mahu jekaskan situasi hubungan kami sebelum ini.
"Saya harap agar semua orang faham dengan apa yang terjadi," tambahnya.
Terdahulu, Intan dan Razrul telah melangsungkan pertunangan pada 18 Ogos 2019 di Johor Bahru.
Sumber: Gempak
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.