Pasangan pelakon Intan Ladyana dan Harris Alif mengumumkan wajah dan nama cahaya mata sulung mereka.
Menurut pasangan selebriti ini, Evie Khadeeja nama dipilih untuk anak perempuan mereka yang sangat manis mukanya dan mereka memilih tarikh 1 Ramadan untuk mendedahkan namanya.
“Salam Ramadan dari kami, Harris, Intan dan baby Evie Khadeeja,” katanya.
Rata-rata warganet memberikan pelbagai reaksi terhadap anak mereka dan memuji namanya yang mempunyai makna begitu baik selain memuji wajahnya.
Terdahulu, Intan dan Harris mendirikan rumah tangga pada 5 Februari 2021 dan dikurniakan cahaya mata sulung pada 31 Januari lalu.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.