Papan iklan filem Misteri Dilaila yang dipasangkan sekitar lebuh raya utama ibukota telah menjadi buah mulut netizen.

Mana tidaknya, iklan papan tanda besar yang menyeramkan itu sedikit sebanyak membuatkan rasa seram terutamanya pada waktu malam.
"Melompat kalau lalu tengah malam. Terus tengok seat belakang," tulis @hafizlatif90.
"That advertisement could cause accidents u know," tambah salah seorang pengguna lain berseloroh.
Komen berkenaan ditulis menerusi sebuah entri yang dimuat naik pelakon utama Misteri Dilaila, Sasqia Dahuri di Instagramnya baru-baru ini.


Iklan pada papan elektronik itu memaparkan triler filem Misteri Dilaila yang diakhiri dengan babak hantu menyergah.
Ada yang dah tengok Misteri Dilaila?
Sumber: Gempak / IG @sasqiadahuri
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.