Selepas hampir 20 hari menjalani kuarantin, ibu kepada penyanyi Ismail Izzani iaitu Datin Suliza Salam akhirnya dapat meluahkan rasa syukur dapat bertemu kembali anaknya itu.

Beliau yang juga seorang penyanyi era 1980-an itu memberitahu terlalu rindu akan anaknya dan tidak dapat menahan air mata saat memeluk erat anak lelakinya itu.

“ALLAHUAKHBAR...saat nmpk dia depan mata..rasa melayang hati ni tersgt2 dan teramat rinďuuuu😥😥😥berderai airmata. Masa ni tak ingat apa dah nk peluk dia kuat2 jer..baru rasa legaaa....
“Selama hampir 20 hari tak dpt jumpa sbb kuarantin...😥😥 syukur alhamdulillah YA ALLAH YA ROHMAN YA ROHIM tiada kata selain syukur ..syukur dan syukur... alhamdulillah.....” ujar beliau dalam satu hantaran di Instagram.
Dikongsikan bersama video beliau sedang memeluk erat anaknya, sambil terus mendoakan kesihatan yang sihat buat anak kesayangannya ini.
Ismail Izzani, 20, antara penyanyi yang menjalani ujian saringan COVID-19, dan melakukan kuarantin selama 14 hari selepas hadir dalam sebuah pertandingan nyanyian baru-baru ini.
Sumber: Instagram
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.