Ibu kepada Radin, Feridah Binti Hashim telah menghembuskan nafas terakhir pada pukul 9.25 pagi tadi kerana sakit tua.
Menurut Pengurus Kandungan ERA, Eman Zaki yang menghubungi Radin, Allahyarhamah meninggal di rumahnya sendiri di Ipoh.
Eman juga memaklumkan, jenazah akan dikebumikan selepas solat Asar di Tanah Perkuburan Taman Meru Ipoh.
Salam takziah buat Radin dan seluruh ahli keluarga. Sama-sama kita doakan semoga ibunya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan solehah. Al-Fatihah
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.