Inilah Kita Banner
Inilah Kita Banner
Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita hiburan era

“Jika Ini Balasan Awak, Tidak Mengapa…” - Ibu Dakwa Anna Jobling Keluarkan Injunksi

ROSTAM, Mohamad Firdaus
12 Aug 2025, 10:48 AM

“jika ini balasan awak, tidak mengapa…” - ibu dakwa anna jobling keluarkan injunksiFoto: Instagram

Ibu kepada pelakon popular Anna Jobling, Ariz Arop, membuat pendedahan mengejutkan di media sosial apabila mendakwa anaknya telah mengeluarkan perintah injunksi terhadap dirinya.

Meluahkan rasa kecewa terhadap layanan yang diterima, Ariz menyatakan bahawa beliau tidak gentar sekiranya terpaksa dipenjara, malah menyerahkan segala ujian yang menimpa kepada ketentuan Allah SWT.

“Lelah menjadi seorang ibu. Panggillah sebanyak mana peguam yang awak (Anna) mahu, keluarkanlah injunksi sebanyak mana pun. Letaklah gari sebanyak mana yang awak ingin letak, saya tidak takut. Saya sudah melalui pelbagai cabaran dan berkorban nyawa untuk membesarkan awak.

“Jika ini balasan awak, tidak mengapa. Sekiranya saya dimasukkan ke penjara, saya reda. Allah SWT sentiasa ada, Allah Maha Adil,” katanya menerusi hantaran di InstaStory.

Dalam perkongsian yang sama, ibu kepada pelakon drama Melur Untuk Firdaus itu turut memaparkan keadaan tangannya yang kelihatan kemerahan akibat mengetuk cermin pintu selepas dikunci dari dalam.

“Tangan saya bengkak kerana menumbuk cermin kereta. Saya panik dan tiada pilihan. Allah ada, Allah tidak tidur,” ujarnya sambil memaparkan dirinya yang sedang menangis di balai polis.

Ariz turut menyelitkan lagu Syurga Di Telapak Kaki Ibu nyanyian Aishah serta Hapuslah Air Matamu dendangan Allahyarham Sharifah Aini, seolah-olah menggambarkan perasaannya ketika ini.

Dalam hantaran lain, Ariz meluahkan bahawa ada pihak yang tidak senang melihat kebahagiaan mereka berdua sebagai anak-beranak.

“Sebelum ‘event’, tidak semua orang gembira melihat kami bahagia. Ramai mulut jahat meracun dan merosakkan hubungan kami, termasuk ahli keluarga sendiri.

“Tidak mengapa, kalian juga ada keluarga, anak dan anak saudara. Apa yang berlaku akan berbalik kepada kalian. Allah akan memberi keadilan. Seperti mana saya rasa sakit, kalian akan merasa lebih sakit,” katanya.

Terdahulu, Ariz dilihat menemani Anna atau nama penuhnya Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman, 25, ketika menghadiri Anugerah Melodi Terhangat 2025 minggu lalu.

Hasil tinjauan HibGlam mendapati Anna kini tidak lagi mengikuti akaun Instagram ibunya, sekali gus menguatkan spekulasi bahawa hubungan mereka berada dalam keadaan tegang.

Sumber: Instagram

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}

ads-with-us ads-with-us ads-with-us