Penyanyi Tasha Manshahar berduka apabila mendapat perkhabaran ibu bapanya disahkan positif COVID-19.
Menerusi hantaran di akaun Instagram, ibu Tasha, Herina Wong Abdullah kini sedang dirawat dan terpaksa dikomakan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Serdang.
Manakala, bapanya Mohd Manshahar berada dalam keadaan stabil dan sedang menjalani kuarantin kendiri di rumah mereka.
“Doa adalah senjata orang mukmin, tolong saya perlukan doa kalian.
“Tolong doakan kesembuhan ibu bapa saya, Hernia Wong dan ayah saya, Mohd Manshahar. Mereka positif COVID-19,” katanya.
Penyanyi berusia 29 tahun itu berharap ibunya tabah dan kuat menghadapi ujian yang berat, malah Tasha juga meminta doa daripada peminat agar ibunya segera diberikan kesembuhan.
“Sebenarnya tak jangka langsung akan sampai jadi tahap macam ini. Mummy nampak okey sahaja mula-mula masuk wad.
“Apa-apa pun kami sekeluarga yakin yang menyembuhkan itu Allah. Mummy pun kuat semangat, saya percaya mummy boleh harunginya,” ujarnya lagi.
Sumber: Instagram Tasha Manshahar
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.