Ibu kepada penyanyi rock lagenda, Amy Search meninggal dunia pada jam 6 petang semalam.
Menerusia hantaran di laman Instagramnya, Amy memaklumkan berita duka kehilangan bonda tercinta bersama para pengikutnya di media sosial.
“Doakan Ibu saya Hajjah Fatimah Haji Idris telah kembali kerahmatullah sebentar tadi (semalam),” katanya.
Allahyarham Fatimah Idris menghembuskan nafas terakhir di usia 88 tahun di rumah anak saudaranya di Sunway Rimba Hills Kota Damansara, Petaling Jaya dan disahkan Penolong Kanan Hospital Sungai Buloh pada pukul 10.45 malam tadi.
Suhaimi Abdul Rahman atau mesra disapa Amy memaklumkan jenazah dimandikan di Masjid Kuning Kota Damansara dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 9, Kota Damansara, pagi ini.
“Sekatan pergerakan perjalanan membataskan saya bertemu arwah, namun kemudahan telekomunikasi menjadi kesempatan buat kami bertanya khabar,” katanya.
Allahyarham Fatimah, bonda tercinta penyanyi rock terkenal ini kini meninggalkan tiga cahaya mata, 12 cucu dan dua cicit.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.