Pertandingan Asia’s Got Talent (AGT) musim ke-3 kali ini menampilkan penyertaan dua wakil daripada Malaysia iaitu Yaashwin Sarawanan dan kumpulan NAMA.
Lebih mengujakan apabila "human calculator" yang berusia 15 tahun ini menduduki tangga naib juara dalam pertandingan Asia's Got Talent (AGT) musim ketiga.
Sementara itu, kumpulan NAMA yang menampilkan imej gadis berhijab berjaya mencuri perhatian sejak pusingan saringan hinggalah ke pentas akhir, kandas dalam kelompok awal finalis bersembilan.
Ahli silap mata dari Taiwan, Eric Chien berjaya menjadi juara AGT dan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah AS$100,000.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.