Baru-baru ini Hoshi dari Kumpulan Kpop terkenal Seventeen menghadapi masalah dengan peminat yang tidak menghormati privasi. Isu ini berlaku sewaktu dia sedang membuat siaran langsung di aplikasi Weverse pada 9 November.
Dia sering diganggu melalui panggilan telefon sewaktu melakukan siaran langsung dan mengatakan bahawa dia tidak akan melakukan lagi siaran langsung jika ada peminat yang cuba menghubunginya.

Walaupun telah memberi amaran namun masih ada yang cuba mengganggu privasinya dan terus menerus membuat panggilan telefon. Berikutan itu dia menegaskan bahawa dia boleh mengambil tindakan undang-undang.
"Saya terganggu dengan mereka yang selalu menelefon. Saya boleh ambil tindakan undang-undang, tapi saya tak mahu kerana risau mereka mungkin masih muda."
Walaupun Hoshi sering diganggu tetapi dia masih merasa kesian jika mereka masih muda jika dia mengambil tindakan undang-undang. Sebelum ini juga Hoshi pernah beri amaran peminat agar tak menelefon semasa siaran langsung bulan lalu.
Harap peminat semua jaga batas bersama artis kegemaran mereka.
Sumber AllKpop
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.