Inilah Kita Banner
Inilah Kita Banner
Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita hiburan era

Dipuji Sebagai ‘Family Man’, Hisyam Hamid Anggap Pujian Fazura Ikhlas dan Tiada Niat Tersembunyi

ROSTAM, Mohamad Firdaus
23 Jul 2025, 11:54 AM

dipuji sebagai ‘family man’, hisyam hamid anggap pujian fazura ikhlas dan tiada niat tersembunyiFoto: Instagram

Pelakon popular, Hisyam Hamid menyatakan rasa terharu apabila menerima pujian daripada aktres Fazura yang menyifatkannya sebagai seorang lelaki berjiwa keluarga atau family man. Pujian tersebut diberikan ketika Fazura bersiaran langsung di platform TikTok baru-baru ini.

Menurut Hisyam, beliau percaya pujian itu adalah ikhlas dan tidak mempunyai maksud tersirat, sebaliknya berdasarkan pengalaman mereka pernah bekerja bersama dalam satu produksi sebelum ini.

“Saya ada tonton semula video siaran langsung itu. Apa yang dia sebut pun secara umum sahaja dan mungkin sebab kami pernah berlakon sama. Mungkin juga dia pernah lihat cara saya melayan anak-anak, sebab itu dia puji dari sudut itu,” katanya.

Jelasnya lagi, beliau tidak melihat pujian itu sebagai sesuatu yang perlu diperbesarkan, malah menganggap ia sebagai satu penghargaan terhadap usaha menjadi ayah yang baik.

“Saya tidak rasa dia ada niat lain. Kadang-kadang peminat yang terlebih teruja dengan kenyataan seperti itu. Bagi saya, tiada masalah untuk memuji seseorang lebih-lebih lagi jika berkaitan kebaikan sebagai ibu atau bapa,” katanya ketika ditemui pada malam gala filem Memori di GSC Mid Valley.

Reaksi Anak-Anak Terhadap Gosip

Dalam pada itu, Hisyam turut berkongsi pengalaman lucu apabila anak-anaknya memberi reaksi terhadap gosip yang mengaitkan dirinya dengan artis wanita lain.

“Ada satu ketika saya dikaitkan dengan seorang selebriti, anak saya hantar mesej di Instagram siap dengan pautan artikel dan tulis ‘Ayah… run!’. Anak lelaki saya pula pernah beritahu, saya tak perlu kahwin sebab katanya saya dah ada segalanya,” katanya berseloroh.

Tambah beliau, status sebagai bapa tunggal mungkin menjadi faktor mengapa namanya sering dikaitkan dengan selebriti wanita lain.

“Saya rasa isu ini timbul kerana kami sama-sama ibu atau bapa tunggal. Sebelum ini, tidak pula ada gosip seperti itu. Tapi kalau boleh, saya memang cuba elak daripada sebarang kontroversi,” ujarnya.

Keluarga Tetap Keutamaan

Mengulas mengenai kehidupannya sebagai seorang bapa tunggal, Hisyam, 40, menegaskan bahawa keluarga sentiasa menjadi keutamaan dalam hidupnya. Dengan dua orang anak yang kini menginjak usia remaja, beliau sentiasa berusaha untuk menjadi contoh terbaik buat mereka.

“Sejak dulu, siapa yang kenal saya tahu keluarga adalah keutamaan. Kalau saya tidak terlibat dengan kontroversi, bukan sebab saya terlalu baik, tapi saya mahu jadi contoh yang baik untuk anak-anak.

“Mereka kini dah besar dan ada kawan-kawan yang kenal siapa saya. Jadi, kesihatan mental mereka sangat penting untuk saya jaga,” katanya.

Terdahulu, Fazura menyifatkan Hisyam sebagai seorang lelaki yang baik, mementingkan keluarga dan mudah bekerjasama ketika mereka berlakon bersama dalam filem Dendam Pontianak.

Untuk makluman, Hisyam bercerai dengan Rosmawati Hanafi pada Mei 2024 selepas 18 tahun mendirikan rumah tangga. Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Nurish Syameliah, 18, dan Haydeen, 16.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}

ads-with-us ads-with-us ads-with-us