Nama Henry Golding kian menjadi perhatian di Hollywood. Sebelum ini, anak kelahiran Sarawak ini muncul dalam Crazy Rich Asians dan kini beliau tampil dengan filem keduanya, A Simple Favour.
Henry ada berkongsi poster filem itu melalui laman instagramnya beberapa hari lepas. Yang menariknya, Henry berlakon dengan pelakon Hollywood terkenal seperti Anna Kendrick dan juga Blake Lively.
A Simple Favor merupakan sebuah filem yang diadaptasi dari novel tulisan Darcey Bell. Filem bergenre jenaya, misteri dan thriller ini akan keluar di pawagam sekitar US pada 14 September tahun ini. Tak sabar nak tengok aksi rakyat Malaysia dalam filem macam ni.
Sumber: Instagram Henry Golding
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.