Filem Black Panther 2 dijangka akan dilancarkan dalam Fasa ke-5 MCU selepas 2021. Walaupun ia masih dalam peringkat pra-produksi, namun watak jahat dalam filem ini telah mula disebut-sebut, iaitu Namor.
Menurut Hype, negara Wakanda dijangka akan diserang dari bawah laut oleh sekumpulan penjahat. Masih ingat salah satu babak dalam Avengers: Endgame apabila Okoye membuat laporan kepada Natahsa Romanoff tentang aktiviti bawah laut menerusi satu tele-hologram..?
Dipercayai daripada babak ini lah, watak penjahat dalam Black Panther 2 ini iaitu Namor, diperkenalkan. Antara nama yang disebut-sebut untuk membawa watak Namor adalah bintang terkenal, Henry Golding.
Watak yang dibawa Henry Golding itu nanti adalah manusia separa ikan yang mempunyai kuasa hebat dan keupayaan akuatik. Lebih kurang macam Aquaman keluaran DC, Namor merupakan ketua bawah laut kerajaan Atlantis.
Sejauh mana kebenaran ini, sama-sama kita nantikan pengumuman daripada Marvel.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.