Penyanyi, Hazama berpeluang berkolaborasi bersama Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyampaikan sebuah lagu berunsurkan patriotik bertajuk Anak Bangsa Malaysia.

Lagu yang bakal dilancarkan sempena sambutan bulan kemerdekaan dan Hari Malaysia tahun ini telah selesai dirakamkan termasuk proses memasukkan suara Perdana Menteri.
"Lagu ini telah siap direkodkan. Proses seterusnya adalah rakaman muzik video dan kami cuba untuk mendapatkan penglibatan Perdana Menteri dalam muzik video ini.
"Saya sendiri secara peribadi mahu bertemu dengan Tun kerana beliau merupakan pemimpin dunia yang dihormati," katanya kepada Kosmo! Online.

Tambah Hazama lagi, beliau juga tidak melibatkan diri dengan mana-mana fahaman politik dan menghormati sesiapa sahaja yang menjadi ketua negara.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.