Pelakon terkenal Indonesia, Felicya Angelista yang sedang hamil enam bulan berhasrat mahu berjumpa dan berbual dengan pelakon kegemarannya Song Joong Ki.
Impiannya tercapai apabila dia dapat membuat panggilan video dengan pelakon popular dari Korea Selatan itu.
Biarpun dalam tempoh masa yang sekejap, Felicya teruja dan gembira dapat bertemu dengan aktor itu secara maya ketika dia sedang dalam set penggambaran.
“Saya suka sangat sampai tak tahu nak cakap apa... hilang kata-kata kerana salah satu impianku tercapai.
“Ternyata mengidam saya kesampaian guys, bukan cuma video tapi panggilan video dan dia berada di lokasi penggambaran. Dia sanggup keluar sebentar, mungkin semasa itu dia berehat atau mekap. Tapi dia masih sempat video call saya!” katanya.
Kejutan ini hasil usaha suaminya Hito yang berusaha menghubungi rakan-rakannya di Korea untuk merealisasikan permintaan isterinya yang mahu berjumpa dengan Song Joong Ki.
Sedutan video Felicya yang sedang berbual dengan Song Joong Ki menerusi panggilan video itu mendapat pelbagai reaksi warganet di media sosial.
Oleh: Muhammad Izwan Zainal
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.