Pelakon, Margot Robbie yang pernah membawa watak Harley Quinn dalam filem Suicide Squad, dilaporkan akan membawa watak berbeza sebagai patung popular antarabangsa, Barbie.


Selain berlakon sebagai Barbie, pelakon ini juga dikhabarkan akan menjadi produser bersama presiden syarikat Mattel, Robbie Brenner.

Sehingga kini masih belum dapat dipastikan tarikh untuk filem ini berada dipawagam seluruh negara.
Sementara itu, Margot juga akan menggalas kembali wataknya sebagai Harley Quinn dalam filem Birds of Prey yang menemui penonton pada 2020. Bukan saja membintangi dalam Birds of Prey, pelakon berusia 28 tahun ini juga dilaporkan menerbitkan filem itu di bawah syarikat produksinya, LuckyChap Entertainment.
Selain itu, Margot juga akan kembali ke layar perak Disember ini sebagai Ratu Elizabeth I dalam filem Mary Queen of Scots.
Sumber: THR
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.