
Isteri kepada pelawak terkenal, Harith Iskander iaitu Dr Jezamine Lim telah memfailkan permohonan cerai ke atas suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, Jun lalu.
"Betul, saya telah memfailkan cerai dan saya sudah tidak ingat tarikh sebenar permohonan cerai itu dibuat namun, lebih kurang sebulan yang lalu," ujar Dr Jezamine, bekas isteri Harith Iskandar.
Jezamine Lim bagaimanapun enggan memberi sebarang komen mengenai punca perceraiannya dengan Harith Iskandar dan akan menjelaskan segalanya selepas perbicaraan nanti yang bakal disebut di mahkamah, bulan ini.
Terdahulu, Harith Iskander dan Dr Jezamine mendirikan rumah tangga pada 12 Jun 2010 lalu dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Zander Xayne, 14, Alessandra Jayne, 11, dan Zydane Zayne yang kini berusia sembilan tahun.
Sumber: Astro Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.