Penyanyi dan komposer terkenal Haqiem Rusli mendedahkan sudah bersedia untuk berkahwin dan mempunyai calon isterinya.
Menerusi siaran langsung di Instagram beberapa hari lalu, Haqiem mengumumkan keputusannya itu secara spontan pada jam 2 pagi ketika itu.
“Saya suka menjadi seorang yang unik, dan sebab itu saya sudah berfikir masak-masak untuk memberikan berita gembira ini dengan peminat.
“Saya tiada niat nak sorok atau tak beritahu tapi lebih baik saya beritahu sekarang daripada ramai orang menyoalkan perkara ini nanti,” katanya ketika temubual eksklusif bersama ERA.
Penyanyi berusia 23 tahun ini juga mengakui sudah mengenali gadis tersebut hampir dua tahun yang boleh menerima dia seadanya.
Malah, Haqiem turut berkongsi agak gementar ketika mendapat keizinan daripada kedua ibu bapa pilihan hatinya.
“Saya pada mulanya dah minta izin kepada ayahnya sebab saya takut, gementar sikit bila cakap dengan ayah dia.
“Tetapi bila saya jumpa kali pertama, saya terus jujur hasrat saya untuk berkahwin dengan anaknya,” ujarnya.
Pelantun lagu Mimpi ini juga bersyukur atas sokongan dan peminat yang menerima keputusannya untuk mendirikan rumah tangga bersama calon isterinya.
“Saya terlalu gembira sebab reaksi dari peminat semuanya lebih kurang 90 peratus gembira untuk saya tetapi kita tak boleh elak komen yang negatif.
“Saya faham sebab kalau saya pun mesti kecewa pada mulanya bila artis kita suka sudah berkahwin tetapi lama kelamaan kita akan mula terima keputusan artis kegemaran kita itu,” katanya ketika dihubungi ERA.
Perkahwinan penyanyi muda ini dijangka akan berlangsung pada hujung tahun ini mengikut situasi semasa dan Haqiem akan terus berkongsi perkembangan terbaharu dari semasa ke semasa.
Tonton video penuh temubual eksklusif bersama Haqiem Rusli di YouTube rasmi ERA.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.