Baru-baru ni penyanyi lagu Jatuh Bangun, Haqiem Rusli menggemparkan negara dengan berita yang dia mahu berhenti menyanyi. Haqiem yang sememangnya mempunyai peminat yang ramai telah membuatkan ramai peminatnya sedih dengan keputusannya itu.
Walaubagaimana, ketika datang JOHARA Pagi ERA pagi tadi, Haqiem Rusli telah membuat pengunguman yang beliau tidak akan berhenti menyanyi. Sekaligus membuatkan peminat-peminatnya kembali tersenyum.
Haqiem Rusli berkata dia mengambil keputusan untuk berhenti menyanyi pada awalnya kerana tekanan yang melampu. Tekanan yang diterima melalui media social membuatkan dia merasa tertekan dan tidak mahu lagi menyanyi.
Namun, disebabkan sokongan yang kuat daripada para peminat, ibu bapa dan rakan-rakan artis Haqiem Rusli kini kembali dan akan menyanyi semula.
Sumber: Twitter Haqiem Rusli
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.