Penyanyi, komposer dan penulis lirik, Haqiem Rusli bukanlah satu nama yang asing dalam industri seni negara. Lagu-lagu nyanyian penyanyi ini seperti Tergantung Sepi dan Selamat Tinggal Sayang sering bermain di media-media masa.
Bakat yang ditunjukkan oleh penyanyi berusia 22 tahun ini bukan calang-calang kerana beliau mampu menyanyikan secara spontan menggunakan lirik lagu yang diberikan peminat dengan begitu mudah.

Baru-baru ini, Haqiem telah dijemput ke ERA dan diberikan tugas untuk menyanyikan lagu menggunakan lirik yang diberikan peminat secara spontan. Hasilnya?

Rata-rata peminat memuji bakat yang diberikan kepada penyanyi ini dan berharap agar ia tidak disia-siakan dalam menghasilkan lebih banyak lagu yang berkualiti di masa akan datang.


Terbaiklah Haqiem Rusli!
Sumber: Youtube ERA
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.