Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter @sapiksam_ telah berkongsi video pendek menunjukkan penyanyi, Haqiem Rusli sedang membaca ayat suci Al-Quran pada waktu tengah malam.
Menurutnya, video yang dirakamkan secara senyap-senyap itu jelas menunjukkan penyanyi berusia 21 tahun itu sedang mengaji Al-Quran walaupun ketika itu pemuda terbabit sedang lena tidur.
“Tengah lena diulit mimpi, ingat kan apa yg terang td pastu ada bunyi org mengaji. Toleh2 adui segan rasanya.
“Waktu mcm ni dia luangkan masa nya dgn sang pencipta, Allahu. sorry", tulis lelaki berkenaan pada ruangan kapsyen.
Perkongsian itu nyata menarik perhatian peminat dan rata-ratanya memuji sifat Haqiem yang sentiasa merendah diri.
Haqiem sebelum ini juga telah dipuji ramai kerana pernah memuatnaik foto peminat wanitanya yang sudah ditutup aurat.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.