Penyanyi, Haqiem Rusli berkongsi persiapan majlis perkahwinannya bersama pasangan di laman media sosialnya.
Malah, penyanyi itu juga memohon maaf jika tidak dapat menjemput semua pihak ke majlisnya atas sebab jemputan yang terhad dan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.
“Saya nak minta maaf jika ada rakan-rakan yang saya tak dapat jemput untuk majlis.
“Atas sebab jemputan yang terhad dan SOP yang sangat ketat sebab itu kami tak dapat jemput semua dan kami lebihkan keluarga dan saudara-mara,” tulisnya di IG Story.
Penyanyi dan usahawan berusia 23 tahun ini memohon semua pihak agar mendoakan majlisnya berjalan lancar dan semuanya dalam keadaan baik sahaja.
“Terima kasih, doakan yang baik-baik sahaja,” katanya lagi.
Haqiem juga berkongsi video persiapan majlis perkahwinannya di sebuah dewan di Cyberjaya yang bertemakan warna putih.
Haqiem dan pilihan hatinya akan melangsungkan majlis pernikahan di sebelah petang nanti dan majlis resepsi di sebelah malam bagi meraikan hari istimewa buat mereka berdua.
Oleh: Muhammad Izwan Zainal
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.