Penyanyi dan komposer, Haqiem Rusli selamat melangsungkan majlis pernikahan bersama pasangan Wan Anis Sofea Wan Zamzuri dalam sebuah majlis di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah Cyberjaya, Cyberjaya pada Jumaat.
Pasangan ini akhirnya sah bergelar suami isteri dengan dua kali lafaz kira-kira jam 3. 40 petang hari ini.
Majlis pernikahan ini dipimpin Ketua Pegawai Agama Daerah Sepang, Zamzuri Ruslan sambil disaksikan bapa pengantin perempuan, Wan Zamzuri Wan Muhammad.
Majlis yang berlangsung dengan penuh rahmat ini menyaksikan kedua mempelai segak bergaya dengan mengenakan busana penuh berwarna kelabu.
Haqiem menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 dan wang hantaran berjumlah RM100,000.
Malah, cincin perkahwinan bertatahkan berlian mencuri perhatian orang ramai yang dihadiahkan buat isterinya Anis Sofea.
Rata-rata warganet menitipkan ucapan tahniah dan turut bersyukur dengan kedua pasangan serasi yang telah selamat bergelar suami dan isteri.
Oleh: Muhammad Izwan Zainal
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.