Penyanyi, Haqiem Rusli, dilaporkan memulakan perniagaan dengan membuka sebuah gerai burger.
Namun, dia diuji apabila gerainya yang terletak di Hulu Langat, Selangor, dilanda ribut dan hujan lebat baru-baru ini.
"Hari pertama berniaga gerai burger saya sudah diuji dengan ribut dan hujan lebat. Kucar kacir sikit kerana gerai itu juga kekurangan kanopi untuk berlindung.
“Namun saya tidak patah semangat kerana saya dapat rasa kesusahan berniaga. Ia membuatkan saya bertekad untuk berusaha lebih keras,"
"Ramai juga peminat perempuan yang datang untuk beri sokongan terhadap perniagaan burger saya. Lebih mengejutkan ada yang datang daripada luar kawasan," katanya kepada mStar Online.
Sumber: mStar Online
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.