Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita hiburan era

Haqiem Rusli Akan Berjumpa Pakar Berkaitan Kemurungannya

Masalah kemurungan bukanlah salah satu gimik untuk melancarkan single terbarunya.
Editor
06 Jul 2018, 10:36 AM

haqiem rusli akan berjumpa pakar berkaitan kemurungannya

Semalam Haqiem Rusli dan syarkat rakamannya mengadakan sidang media tergempar untuk menjelaskan mengenai isu yang melanda Haqiem Rusli dan beberapa rakan artis yang terlibat. 

Dalam sidang media tersebut Haqiem memohon maaf kerana mungkin menggunakan perkataan yang salah dalam menjelaskan keadaan dirinya kebelakangan ini. Haqiem mengatakan yang dirinya mengalami kemurungan daripada beberapa masalah peribadi dan juga berpunca daripada kecaman netizen. 

"Salah faham mengenai pengakuan saya tentang kemurungan sebelum ini berlaku atas sebab saya menggunakan perkataan salah dalam menjelaskan situasi yang saya hadapi.

"Saya bukan orang yang pandai, ketika saya pakai perkataan kemurungan, mungkin saya salah pilih perkataan untuk menggambarkan situasi saya. Tetapi saya tak tipu mengenai keadaan yang saya alami," katanya.

Menurut Haqiem lagi, kemurungan ringan yang dialami oleh tekanan kerja, masalah tidak boleh tidur di waktu malam, berat badan tidak konsisten serta menerima banyak kecaman netizen.

"Saya tak tipu, takkanlah saya nak main-main dengan perkara ini. Saya menghadapinya dan menegaskan sekali lagi ia benar kerana saya menanggungnya seorang diri. 

"Situasi ini bukan gimik untuk melancarkan single terbaru saya yang berjudul Selamat Tinggal Sayang," katanya lagi.

Bagaimanapun Haqiem berlum berjumpa dengan mana-mana doktor pakar berhubung masalah kesihatan yang dialami.

"Saya belum berjumpa doktor lagi tetapi saya merasakan saya menghidapi 'mild-depression' berdasarkan pengalaman rakan yang pernah mengalami depresi.

"Saya sudah pun menetapkan tarikh temujanji untuk bertemu pihak pakar dan saya akan berjumpa mereka esok," kata Haqiem.

Haqiem juga memohon maaf kepada semua yang terpalit dengan kontroversi yang melanda dirinya baru-baru ini termasuk Ernie Zakri dan Wany Hasrita. 

Sumber: Astro Awani 

nak tahu apa haiwan buat bila tak ada orang lihat? kelakar weh !

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}