Penyanyi dan komposer muda, Haqiem Rusli bukanlah satu nama yang asing dalam industri seni tanah air. Banyak lagu-lagu ciptaan dan nyanyian Haqiem yang tular dan menjadi siulan ramai serta berjaya memenangi pelbagai anugerah muzik tempatan.
Haqiem baru-baru ini tampil dengan single terbaru berjudul Mimpi, dimana muzik videonya di Youtube kini mendapat lebih setengah juta tontonan dan menjadi trending di platform berkenaan meskipun hanya baru beberapa hari ia dimuatnaik.
Menurut penyanyi berusia 23 tahun ini, lagu terbarunya itu merupakan antara lagu yang susah untuk dinyanyikan secara langsung.
Ini adalah kerana menurut Haqiem, lagu berkenaan memerlukan nafas yang tepat mengikut kepada bahagian lagu yang berbeza. Namun, beliau mencabar dirinya membawakan lagu tersebut dengan sebaiknya.
“MIMPI adalah antara lagu yang paling susah untuk di nyanyikan secara live yg saya pernah composed, kenapa susah?
“Sebab memerlukan nafas yang tepat dalam mengikut part part yg berbeza,contohnya ada low note yang begitu rendah (ni susah serious) , middle,vibrato (ni pun mencabar jugak) , perletakan lenggok yang saya ambil risiko sendiri di dalam studio untuk dibawa secara live, and high note lah,but i will try my best for this song,” katanya.
Beliau juga merasa seronok apabila mencabar dirinya membawakan lagu Mimpi secara live, termasuklah susunan muzik yang berbeza berbanding sebelumnya.
Setakat artikel ini ditulis, muzik video Mimpi yang dimuatnaik di Youtube telah mendapat lebih daripada 869 ribu tontonan dan kekal trending #1 dalam masa 4 hari sejak ia dimuatnaik.
Sumber: Instagram
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.