Pasangan pelakon Hannah Delisha dan Imam Shah akhirnya berganding dalam sebuah drama yang sama selepas mendirikan rumah tangga.
Drama berjudul Kisah Rumah Tangga: Rindu Salah Alamat yang ditayangkan di Astro Ria itu merupakan gabungan mereka bersama di Malaysia selepas bergelar suami isteri.
“Projek lakonan pertama bersama suami di Malaysia. Sebelum ini kami pernah digandingkan bersama dua tahun lalu di Singapura.
“Kisah Rumah Tangga: Rindu Salah Alamat ini merupakan drama genre berbeza daripada yang kami pernah berlakon sama sebelum ini.
“Sangat teruja dengan drama ini, sila maafkan muka penat kami dalam drama ini. Menjalani penggambaran dalam bulan Ramadan sangatlah mencabar,” katanya.
Menerusi hantaran di akaun Instagram suaminya, Imam memuat naik satu gambar yang menunjukkan babak lakonan mereka dalam drama arahan Uchee Fukada itu.
Drama karya pengarah hebat Shahrulezad Mohameddin itu akan dibintangi pasangan kelahiran Singapura ini dan rata-rata warganet tidak sabar menyaksikan gandingan mereka berdua ini.
“Akhirnya, bergandingan bersama dalam satu drama,” komen salah seorang pengikutnya.
“Manis sangat sampai bersemut, semoga hingga ke Jannah,” ujar warganet.
Terdahulu, pasangan ini diijabkabulkan di Singapura pada 18 Februari tahun lalu selepas lima tahun bercinta.
Sumber: Instagram Imam Shah
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.