Kain samping merupakan pelengkap dalam persalinan Baju Melayu dan menjadi pakaian wajib para jejaka untuk dipakai ketika di pagi Aidilfitri.
Ramai orang sudah biasa memakai kain samping namun tidak semuanya tahu jenis dan cara untuk mengemaskan ikatannya.
Penyampai radio ERA, Haniff Hamzah berkongsi cara-cara untuk memakai kain samping dengan kemas dan bergaya dalam tempoh 15 saat sahaja.
Menerusi hantaran di akaun TikTok, Haniff berkata persalinan Baju Melayu mesti digayakan dengan pelengkapnya seperti kain samping, songkok, dan butang.
“Orang handsome kena pakai Baju Melayu lengkap. Songkok. Samping. Butang. Itu semua boleh beli. Tampan semulajadi,” katanya.
Berikut antara cara melipat kain samping yang dikongsi Haniff;
1. Lipatkan sedikit di bahagian atas pendek untuk kain samping kelihatan pendek.
2. Bawa lipatan kain samping bahagian kanan ke kiri, bahagian kiri ke kanan dan ulang langkah yang sama.
3. Lipatkan kain samping sebanyak dua kali di bahagian atas.
4. Kemaskan kain samping anda dan sudah siap kain samping gaya pendek ala Haniff Hamzah.
Sumber: Tik Tok Haniff Hamzah
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.